Kamis, 10 Desember 2009





Bahan-bahan (menggunakan Tepung Takoyaki):
100g (sebungkus kecil) Tepung Takoyaki ( terdapat banyak di pasaraya Jepun )
320 cc Air
1 biji Telur
Sotong ( bersaiz besar berwarna kemerah-merahan )
Daun Bawang
Sedikit minyak (untuk di sapukan pd pencetak Takoyaki)
Sos Takoyaki
Serbuk Ikan Bilis
Sejenis daun kering berwarna hijau (maaf tak tau nama bahan )

Cara-cara:
Bancuh Tepung Takoyaki dan air hingga rata kesemuanya.

Masukkan sebiji telur dan kacau lagi. Seeloknya gunakan pemukul telur untuk menghasilkan adunan tepung yang tidak berketul.

Tapiskan adunan cecair tersebut supaya tidak ada ketul-ketulan tepung.

Setelah adunan di atas (tepung, air dan telur ) siap di adun, sediakan pula bahan-bahan isi Takoyaki. Ianya terdiri daripada sotong besar dan juga bahan campuran yang terdapat di dalam bungkusan tepung. Selain itu, sediakan juga daun bawang yang telah siap di potong. Daun bawang di Jepun ada pelbagai jenis. Pilih yang bersaiz kecil.

Kemudian, sediakan dapur dan panaskan pencetak Takoyaki (kuali Takoyaki) dan di sapukan sedikit minyak.

Apabila kuali Takoyaki ( tak tau nak sebut apa ) panas, masukkan adunan tepung Takoyaki ke setiap acuannya menggunakan senduk atau penceduk khas dan masukkan sotong, daun bawang dan bahan-bahan lain yang ada di dalam bungkusan.

Pastikan api tidak terlalu besar dan sentiasa memerhatikan keadaan Takoyaki yang sedang di masak.

Apabila tepung kelihatan agak masak. Cuba gunakan teknik tersendiri untuk memusingkan tepung tersebut dan terbalikkan ianya ke atas. Seolah-olah berbentuk bulat. Ini adalah untuk memastikan kesemua bahagian tepun itu benar-benar masak. Perlu di ingat anda perlu gunakan satu alat kecil yang berbentuk seolah-olah mata lidi khas untuk membalikkan tepung tersebut. Lihat pada gambar di fotopages.

Setelah Takoyaki masak, hidangkan di atas pinggan atau bekas khas untuk Takoyaki dan hiaskan bersama Sos Takoyaki dan bahan-bahan hiasan lain seperti ikan bilis hancur, daun hijau (lihat pd gambar ) dan mayonis.

Sedap di makan ketika masih panas. Selamat mencoba!


Sekiranya anda tidak mempunyai Tepung Takoyaki, boleh juga menggunakan Tepung Gandum. Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan untuk Tepung Takoyaki :
1 cawan Tepung Gandum
290 cc Air
¼ sudu kecil Baking powder
1 sudu kecil garam.

Ikut arahan yang sama seperti di atas untuk membuat Takoyaki.

0 komentar: